BERITA UTAMA

3 maut, 4 cedera kemalangan di Niah

NIAH – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak melaporkan satu kemalangan jalan raya berlaku berhampiran RH Nginbang Batu 72, Suai, Niah, Sarawak semalam.

Seramai 10 anggota dari BBP Batu Niah dan BBP Lopeng telah dikerahkan ke lokasi kejadian untuk kerja penyelamatan.

Menurut Komander Operasi, PBT Rary Anak Binjie, kemalangan itu melibatkan sebuah kereta jenis Isuzu Dmax dinaiki tujuh orang yang terbabas ke bahu jalan.

Katanya, dua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba di lokasi kejadian.

“Anggota Bomba membuat operasi menyelamat dengan mengeluarkan empat mangsa, yang mana tiga berada dalam parit dan seorang di kawasan semak.

“Tiga mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan KKM, manakala empat lagi mengalami kecederaan.

“Semua mangsa diserahkan kepada KKM dan polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – Nasionaldaily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *