Bonda saudara Sultan Kelantan mangkat

KOTA BHARU – Bonda saudara kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, Datuk Tengku Rozan Sultan Yahya Petra mangkat pada jam 9.10 malam tadi. 

Pejabat Sultan Kelantan mengesahkan perkara itu menerusi kenyataan hari ini.

“Marilah kita bersama-sama mendoakan agar roh Almarhum dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama-sama orang beriman dan beramal soleh serta mendapat keampunan dan rahmat-Nya,” menurut kenyataan itu. 

Tengku Rozan ialah kerabat diraja Kelantan, anakanda kepada Almarhum Sultan Yahya Petra, Sultan Kelantan ke-27 yang juga Yang di-Pertuan Agong keenam Malaysia.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Allahyarhamah adalah kakanda kepada Almarhum Sultan Ismail Petra dan bonda saudara kepada Sultan Kelantan sekarang, Sultan Muhammad V. – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *