Polis sahkan identiti empat mangsa maut, enam cedera nahas tiga kenderaan di lebuh raya PLUS

BATU PAHAT – Polis mengesahkan identiti empat individu, termasuk dua kanak-kanak yang maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 107, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran Yong Peng semalam.

​Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, dalam kejadian jam 5.50 petang semalam itu, kenderaan pacuan empat roda Ford Ranger, Toyota Vios dan sebuah lori penarik Scania terlibat dalam pelanggaran.

Beliau berkata, empat mangsa meninggal dunia adalah penumpang Ford Ranger, iaitu Ab. Shukor Athan, 68; dan isterinya Mariam Ibrahim, 65, dari Taman Sri Lalang Baru, Kluang serta dua cucu mereka, Nur Umie Zahiyah Jumie, 5; dan Muhammad Zaharil Hakimie Jumie, 1, dari Taman Mutiara Rini, Skudai.

​“Ab. Shukor, Mariam dan Nur Umie Zahiyah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Klinik Kesihatan Yong Peng akibat kecederaan parah di kepala.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

​“Muhammad Zaharil Hakimie pula meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di Klinik Kesihatan Parit Yaani,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shahrulanuar berkata, kemalangan turut menyebabkan empat lagi penumpang Ford Ranger mengalami kecederaan parah di kepala, termasuk pemandu Jumie Julong, 35; isterinya Nor Hakimah Zakiah Ab Shukor, 32; serta anak mereka, Muhammad Zafrul Hakimie, 3, yang kini dirawat di Zon Kuning Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat.

​Seorang lagi anak pasangan itu Muhammad Zariff Hakimie, 2, yang mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala diletakkan di bawah rawatan Zon Merah HSNI.

​Menurut beliau, dua individu yang menaiki Toyota Vios, iaitu pemandu Chin Nyet Boon, 46, bersama ibunya Yong Ah Moi, 81, dari Taman Meranti, Bahau, Negeri Sembilan turut dirawat di Zon Kuning HSNI akibat kecederaan kepala, manakala pemandu lori Mohd Nadzri Abd. Wahab, 31, tidak mengalami sebarang kecederaan.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

​Shahrulanuar ketika mengulas kronologi kejadian itu berkata, siasatan awal mendapati pacuan empat roda dari arah utara menghala ke selatan itu dipercayai hilang kawalan ketika berada di lorong kiri laluan lurus, sebelum melanggar bahagian sisi kanan belakang lori yang sedang berhenti di lorong kecemasan akibat kerosakan enjin.

​“Impak perlanggaran itu menyebabkan Ford Ranger berkenaan berpusing sebelum dilanggar oleh Toyota Vios yang datang dari arah belakang.

​“Semua mayat mangsa dibawa ke Unit Perubatan Forensik HSNI untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *