HULU TERENGGANU – Seorang lelaki yang mandi bersama rakannya di Hutan Lipur Sekayu, Kampung Sekayu, dekat sini, lemas dalam kejadian pagi ini.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu yang menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 11.18 pagi telah memaklumkan kepada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Berang untuk tugasan penyelamatan.
Menurut Komander Operasi Kanan, TPgB II Toyyibbah Taib, maklumat memaklumkan terdapat dua 2 orang sedang melakukan aktiviti mandi manda di kawasan itu.
Katanya, sebaik menerima panggilan mengenai kes itu, pihaknya menggerakkan sebuah jentera FRT bersama 10 anggota termasuk tiga Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) kerja penyelamatan.
“Salah seorang mangsa terselamat, manakala seorang lagi ditemui anggota PPDA yang melakukan skin dive di celah batu pada kedalaman 1.5 meter di bawah air pada jam 12.15 tengah hari di lokasi mangsa dilaporkan hilang.
“Mangsa, berusia 24 tahun disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan KKM sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – ND
Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!