BERITA UTAMA

MB Perlis maklum anak ditahan, serah kepada SPRM untuk siasat

KANGAR – Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, beliau mengetahui berita mengenai penahanan anaknya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menyerahkan kepada pihak berkuasa itu untuk menjalankan siasatan.

“Saya dah maklum berita daripada SPRM dan serah kepada budi bicara mereka, setakat tu sajalah,” jawabnya ringkas ketika ditemui pemberita selepas sesi Sidang Dewan Undangan Negeri Perlis di sini, hari ini.

Terdahulu, SPRM menahan reman enam orang termasuk anak lelaki seorang menteri besar bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan dokumen dan tuntutan palsu bernilai RM600,000 sejak dua tahun lalu.

Selain anak Mohd Shukri, turut ditahan dua penjawat awam di Pejabat Menteri Besar dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, manakala selebihnya adalah kontraktor syarikat.

Semua suspek yang berusia 26 hingga 37 tahun ditahan SPRM antara jam 7 hingga 8 pagi semalam di sekitar Perlis.

Majistret Ana Rozana Mohd Nor membenarkan perintah reman terhadap semua suspek bermula hari ini sehingga esok bagi membolehkan SPRM menjalankan siasatan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – BERNAMA

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *