PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga 10 anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas dua helikopter di Lumut, Perak, pagi semalam.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pada masa sama, Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, turut merakamkan ucapan takziah kepada waris pegawai dan anggota TLDM atas tragedi itu.
“Kerajaan turut menzahirkan rasa simpati atas kehilangan 10 wira negara yang mencurah bakti sehingga ke akhir hayat mereka.
“Sebagai meringankan beban yang ditanggung, kerajaan bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga.
“Kementerian Pertahanan juga telah menubuhkan Tabung Khas bagi memudahkan orang ramai untuk turut menghulurkan sumbangan kewangan kepada keluarga mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Menurut beliau, segala kos perjalanan terakhir yang meliputi penerbangan ihsan dan pengurusan jenazah ditanggung sepenuhnya oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Katanya, Lembaga Siasatan yang ditubuhkan telah diarah untuk menyerahkan laporan awal dalam tempoh 14 hari bekerja dan laporan penuh dalam tempoh 30 hari bekerja. – ND
Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!