TIGA pengarang India menguasai senarai pendek Hadiah Cerpen Komanwel 2024 untuk wilayah Asia.
Menerusi pengumuman yang dibuat oleh Yayasan Komanwel, tiga pengarang itu ialah Ajay Patri menerusi cerpen “Mother Day I”, Bharath Kumar (Thambi, Thambi) dan Sanjana Thakur (Aishwarya Rai).
Dalam senarai pendek kali ini, Thakur, 26, merupakan pengarang termuda. Panel hakim diketuai novelis Uganda-Britidh, Jenifer Nansubuga Makumbi berpandangan, cerpen yang dihasilkan Sanjana Thakur merupakan naskhah yang menawarkan pandangan luar biasa mengenai keibuan.
Turut tersenarai ialah pengarang Singapura, Audrey Tan menerusi cerpen “The Women Upstairs”.
Selain wilayah Asia, Hadiah Cerpen Komanwel 2024 turut mengumumkan senarai pendek bagi Afrika, Kanada/Eropah, Pasifik serta Caribbean.
Hadiah Cerpen Komanwel dianugerahkan pada setiap tahun untuk karya terbaik fiksyen pendek yang tidak pernah diterbitkan dari mana-mana 56 negara anggota Komanwel.
Tahun ini, secretariat menerima 414 penyertaan yang dihantar dalam beberapa bahasa iaitu bahasa Inggeris, Bangla, Mandarin, Kreol, Perancis, Yunani, Melayu, Malta, Portugis, Samoa, Swahili, Tamil dan Turki.
Pengarang dari tiga negara kecil Komanwel – Mauritius, Rwanda dan St. Kitts dan Nevis turut berada dalam senarai pendek buat pertama kali.
Yayasan Komanwel menerusi kenyataan akhbarnya berkata, mereka menerima sebanyak 7,359 penyertaan untuk tahun ini daripada 53 negara Komanwel, peningkatan 10 peratus berbanding tahun lalu. – Yayasan Komanwel
Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!