Kerajaan Perpaduan sedia hadapi PRK Kuala Kubu Baharu

PUTRAJAYA – Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan Malaysia yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam memandang serius tindakan sesetengah pihak memainkan sentimen rakyat sehingga meningkatkan suhu perkauman dan keagamaan yang mampu mengancam keharmonian negara serta kerukunan masyarakat pelbagai kaum.

Sehubungan itu, mesyuarat berkenaan sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.

“Semua parti Kerajaan Perpaduan bersepakat akan terus mempertahankan orientasi dan pendekatan ‘Politik Kesederhanaan’ sebagai asas kesejahteraan dan keharmonian masyarakat berbilang agama dan kaum.

“Dengan pendekatan kesederhanaan bagi menjamin kestabilan, Kerajaan Perpaduan akan dapat memberikan tumpuan terhadap dasar yang boleh mensejahterakan rakyat terutama bagi menangani kos sara hidup, menjamin peluang pekerjaan yang berkualiti kepada rakyat dan memastikan kestabilan ekonomi negara,” kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Kata beliau, mesyuarat itu juga turut membincangkan persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu.

Katanya, mesyuarat bersetuju untuk menyerahkan kepada kepimpinan tertinggi bagi menamakan calon yang akan mewakili parti Kerajaan Perpaduan.

Menurut Mohamad, penyelarasan dan penyeragaman gerakkerja jentera Pilihan Raya Kecil, parti-parti Kerajaan Perpaduan akan dipengerusikan bersama Senator Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Steven Sim. – ND

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *