BERITA UTAMA

Banjir, 40 penduduk di Teluk Kemang dipindah

TELUK KEMANG – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan melaporkan mengenai kejadian banjir di Pusat Pengajian Anak Yatim dan Warga Emas Darul Widad pagi ini.

Kedua lokasi itu yang terletak di Kampung Permatang Pasir, Teluk Kemang dinaiki air kira-kira jam 2 pagi tadi.

Jurucakap JBPM Negeri Sembilan memaklumkan, seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Kemang diketuai Komander Operasi Kanan PPgB Azizee Alias dihantar ke lokasi untuk kerja menyelamat.

Katanya, seramai 40 penduduk terlibat dalam banjir itu yang kemudian dipindahkan ke tempat selamat iaitu Balai Raya Kampung Permatang.

“Keadaan semasa ketika ini adalah terkawal,” katanya. – NasionalDaily

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *