Tunku Ismail berkenan derma rumput hibrid kepada Stadium Nasional Bukit Jalil

KUALA LUMPUR – Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan untuk mendermakan rumput hibrid yang ketika ini sedang ditanam di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos kepada Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

JDT dalam satu kenyataan berkata, hasil kaji selidik yang dijalankan di padang Stadium Nasional menunjukkan bahawa rumput hibrid lebih sesuai ditanam di venue keramat Harimau Malaya itu.

Menurut JDT, rumput hibrid memenuhi keperluan stadium pelbagai guna kerana ketahanan dan fleksibilitinya sesuai untuk acara sukan serta bukan sukan.

“Inisiatif itu dititahkan oleh baginda selepas mengadakan pertemuan bersama Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan serta Datuk Seri Windsor John, Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC),” kata JDT dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Sebelum ini, Tunku Ismail turut berkenan menaja penukaran rumput di Stadium Nasional daripada jenis Cow Grass kepada Zeon Zoysia.

Namun, keadaan padang yang digunakan bukan hanya untuk acara sukan menyebabkan rumput Zeon Zoysia itu sering mengalami kerosakan.

Dalam pada itu, rumput Zeon Zoysia yang sebelum ini ditanam di Stadium Nasional akan dibuka dan dipasang di padang Majlis Sukan Negara.

“Padang tersebut sering digunakan oleh Sekolah Sukan Bukit Jalil dan pasukan-pasukan bola sepak negara,” kata kenyataan itu lagi.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

 Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *