BERITA UTAMA

Rusia selar PBB, sekutu Israel di mesyuarat tergempar UNSC

NEW YORK – Rusia mengutuk sikap hipokrit negara-negara barat yang berat sebelah atas pendirian dalam perang Iran-Israel pada mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC), lapor Awani.

Duta Rusia ke PBB, Vassily Nebenzia berkata, negara-negara barat termasuk Perancis, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) mempamerkan sikap itu selepas mereka enggan menyokong kenyataan yang mengutuk serangan Israel ke atas konsulat Iran pada 1 April.

Nebenzia mengutuk tindakan Israel terhadap Iran yang disifatkan jelas pelanggaran undang-undang antarabangsa, Konvensyen Vienna, yang melarang pencerobohan terhadap kemudahan diplomatik.

Menurutnya, mereka tahu serangan terhadap wakil diplomatik adalah perbuatan yang menimbulkan perang di bawah undang-undang antarabangsa.

Tetapi, negara-negara ini hanya ikrar serangan balas, jika perwakilan dan sekutu barat mereka diserang.

Menurutnya lagi, majlis itu juga tidak dapat mencapai apa-apa jenis kecaman dan tindakan terhadap Israel.

Ini kerana, bagi blok itu, segala yang ada kaitan dengan perwakilan barat dan warga barat adalah suci dan perlu dilindungi.

Rusia tegaskan hak mempertahankan diri hanya terpakai kepada negara-negara barat, bukan negara lain.

Malah, Duta Rusia berkata, mereka telah menyediakan kenyataan akhbar atas nama Majlis Keselamatan mengenai serangan itu, tetapi ditolak.

AS juga mendakwa pada 2 April lalu, mereka tidak tahu sama ada Israel terlibat atau tidak.

Menurutnya, perwakilan barat bersikap pilih kasih dalam serangan kali ini. – Awani

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *