Oleh: Prof. Dr. Mohd Radhi Ibrahim

Ulu al-Albab merupakan golongan yang dipuji oleh Allah SWT dalam al-Quran. Di antara sifat golongan ini ialah seringkali memilih dan mengikuti yang ahsan iaitu yang terbaik.
Sehubungan itu, penulis akan membincangkan berkenaan dengan konsep ahsan yang disebut al-Quran sebanyak 43 kali.
Ia seringkali dikaitkan dengan perkara lain seperti takwilan atau penjelasan terbaik (Surah al-Nisa’:59); amalan terbaik (Hud: 7) dan kisah terbaik (Yusuf:3).
Merujuk kepada penggunaan ahsan oleh golongan Ulu al-Albab, ia dapat dilihat dalam surah al-Zumar: 18) yang membawa maksud: “Mereka berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih yang terbaik. Mereka itulah orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka adalah golongan yang berakal sempurna.”
Metode yang digunakan oleh Ulu al-Albab boleh digunakan sebagai panduan dalam menguruskan perbezaan pandangan dalam memahami ajaran Islam.
Al-Quran merupakan panduan kepada golongan yang bertakwa dan umat manusia seluruhnya. Namun dalam memahami al-Quran terdapat perbezaan pandangan dalam kalangan umat Islam.
Oleh sebab itu, Allah SWT memberikan panduan dalam al-Quran kepada umat Islam tentang bagaimana mereka harus menguruskan perbezaan tersebut, dan bagaimana harus memilih daripada pandangan yang pelbagai tersebut untuk dijadikan pegangan.
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Dalam hal ini, Allah SWT memberikan model Ulul al-Bab kepada umat Islam. Allah SWT menggambarkan bahawa golongan Ulul al-Bab ini mendengar pandangan dan mengikut yang paling baik sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah al-Zumar ayat 11 seperti di atas.
Dalam ayat tersebut, Allah SWT memberikan model Ulul al-Albab: mereka mendengar pandangan dan mengikuti yang paling baik. Itulah panduan yang diberikan oleh Allah SWT dalam memilih pandangan daripada perbezaan yang ada. Pandangan mana yang paling baik, dan yang mana yang paling ahsan.
Itulah metode yang digunakan oleh Ulu al-Albab yang diberikan sebagai panduan bagi kita semua. Memilih pandangan yang terbaik (ahsan) juga bermakna pandangan berbeza tidak semestinya salah (batil), namun ia boleh jadi baik (hasan).
Oleh itu, dalam menguruskan dan memilih pandangan yang pelbagai berkenaan dengan kefahaman al-Quran, kefahaman akidah, syariah dan sebagainya, maka pilih pandangan yang paling baik.
Manakala pandangan yang berbeza dari umat Islam yang lain tidak semestinya salah, bahkan ia mungkin juga baik. Terutama jika disandarkan kepada panduan dari al-Quran dan Sunnah.
Itulah panduan yang diberikan oleh Allah SWT yang telah digunakan oleh Ulul al-Bab dan dipuji oleh Allah SWT.
Semoga kita dapat mengikuti manhaj atau kaedah yang diamalkan oleh Ulul al-Bab dan seterusnya dikurniakan keredaan dan pujian oleh Allah SWT.
Profesor Dr. Mohd Radhi Ibrahim merupakan Profesor Program Akidah dan Kajian Agama, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Unversiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan.
Telegram: Nasional Daily
Facebook: Nasional Daily
TikTok: NasionalDaily
Whatsapp: NasionalDaily.com
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
