BANGKOK – Seramai 48 maut, manakala 411 yang lain cedera dalam kemalangan jalan raya pada Sabtu lalu, menjadikan jumlah kematian dan kecederaan dalam tempoh tiga hari perayaan Songkran di Thailand, masing-masing kepada 116 dan 968 kes.
Sebanyak 40.05 peratus daripada 936 kemalangan jalan raya yang dilaporkan berpunca daripada memandu laju, memandu dalam keadaan mabuk (27.81 peratus) dan memotong kenderaan lain (16.84 peratus).
Sejumlah 85.5 peratus kemalangan membabitkan motosikal, manakala 81.63 peratus berlaku di laluan lurus.
Wilayah Nakhon Si Thammarat dan Songkhla mencatatkan jumlah kemalangan jalan raya tertinggi dalam tempoh tiga hari masing-masing sebanyak 19 kes.
Bangkok mencatatkan angka kematian tertinggi dalam tempoh sama iaitu lapan kematian, manakala Songkhla mencatatkan 45 kes kecederaan.
Ketua Pengarah Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana Awam, Chaiwat Chuntirapong berkata, pegawai menyesuaikan langkah pencegahan supaya sesuai dengan realiti di lapangan.
Tumpuan diberikan kepada jalan raya sekunder dan komuniti, di mana penunggang motosikal cenderung untuk memandu laju tanpa memakai topi keledar dan selepas mengambil alkohol. – AGENSI
Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!