KUALA LUMPUR – Farah Cie yang dipercayai menjadi sasaran kes tembakan jarak dekat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1, Sepang pada awal pagi semalam, masih trauma dengan kejadian itu.
Menerusi hantaran Facebooknya, beliau turut berkongsi perkembangan terkini pengawal peribadinya yang masih tidak sedarkan diri dan sedang menerima rawatan di hospital.
“Mohon maaf mesej bertalu tidak terbalas. Masih trauma kejadian di depan mata.
“Sekarang pengawal peribadi Farah masih tidak sedarkan diri. Sama-sama kita doakan kesembuhan Along sihat sedia kala,” katanya.
Semalam, media melaporkan, seorang lelaki tempatan dipercayai suami Farah melepaskan tembakan ke arahnya ketika sedang menunggu ketibaan jemaah umrah.
Bagimanapun, tembakan itu tersasar dan mengenai pengawal peribadinya sebelum suspek terbabit melarikan diri.
Polis juga menolak kaitan insiden itu dengan isu pengganas, ekstremis mahupun gangguan awam, sebaliknya berkaitan perselisihan antara suami isteri.
Polis sudah mengenal pasti identiti suspek dan usaha memburu lelaki yang dipercayai melarikan diri ke arah utara tanah air kini giat dijalankan. – NasionalDaily
Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!