BERITA UTAMA

‘Mimbar Condong’ berbeza dengan condongnya Pisa Tower

Epi 1: Buku kumpulan puisi Cg. Yahya Isa yang membawa makna ‘Mimbar Condong’ terbukti ada kebenarannya memandangkan keadaan suasana kehidupan pada hari ini.

Epi 2: Kata orang, kalau belum menerbitkan sebuah buku tulisan sendiri belum boleh dikatakan sebagai seorang penulis.

Sama ada kekata itu benar atau tidak bukanlah syarat sebenar kelayakan sebagai seorang penulis.

Lambakan buku-buku tanpa pembeli dan mesej penulis hendak membijaksanakan pembaca, khalayak pun belum kesampaian juga.

Epi 3: ‘Mimbar Condong’ berbeza dengan condongnya Pisa Tower di Itali atau pun menara condong di Teluk Intan, Perak.

‘Mimbar Condong’ mengandungi simbol perlambangan dengan beberapa sajak berunsur satira; merangkumi soal akidah, arah kiblat, nurani dan rohani.

Suatu seruan dari penulis yang tidak mengenal letih dan jerih.

Sehebat mana sekalipun bangunan, menara atau pencakar langit yang sangat hebat dan dibanggakan sesebuah negara jikalau mimbar dan kiblatnya mencondong ke arah lain tanpa usaha atau niat untuk menegakkannya demi kebenaran adalah sia-sia belaka kerana matlamat kehidupan yang menuju ke jalan suci terbabas menyimpang melangkaui garisan landasan. – (Dipetik dari FB Ismail Hussain)

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *