Tema feminis sangat tertonjol dalam Anugerah

Oleh YB Fadhlina Sidek

“ANUGERAH”, antara novel terpanjang yang pernah dihasilkan dalam sejarah negara.

Ketika pertama kali bapa saya, Sidek Fadzil membawa pulang novel ini, saya masih dalam tahun pertama pengajian di Matrikulasi UIA.

Saya mengambil masa hampir tiga bulan untuk menghabiskan novel ini!

Sedang kebiasaan saya semasa muda belia, novel yang “mencandukan” hanya mengambil masa semalaman sahaja atau sekitar tiga hingga empat jam jika saya mengambil pendekatan “baca-thon”!

Zaharah Nawawi adalah antara penulis kegemaran saya.

Beliau konsisten mengangkat tema ketokohan wanita dalam setiap karyanya.

Barangkali juga tema feminis sangat tertonjol khususnya dalam karya ini, tetapi ia memang telah digarap dengan kekuatan dan kekentalan roh perjuangan.

Watak Ramlah dan Mariam adalah refleksi perjuangan kental penglibatan wanita dalam kegiatan sosial dan politik ketika itu.

Lenggok bahasa, penceritaan, ketajaman dalam kelembutan Zaharah Nawawi yang mengungkapkan sentuhan dalam karyanya menjadi nikmat bagi pembaca seperti saya.

Anggaplah ia sebagai sebahagian rekod terbaik dalam kehidupan anda sebagai pembaca jika pernah berjaya menghabiskan novel ini.

Bangsa Malaysia, Bangsa Membaca!

Cari di Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia ya! – NasionalDaily

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *