Pusat Sains & Kreativiti Terengganu Raih Anugerah Industri Pelancongan 2026

KUALA TERENGGANU – Selepas lebih 20 tahun beroperasi sebagai pusat pendidikan dan pembudayaan sains, Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT) kini turut diberi pengiktirafan dalam sektor pelancongan menerusi anugerah Best STEM Edutainment Centre pada Anugerah Industri Pelancongan 2026.

Anugerah anjuran Malaysia International Tourism Development Association (MiTDA) itu diterima PSKT pada Ahad lalu, sekali gus mengiktiraf pendekatan pendidikan berasaskan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) yang ditawarkan kepada pengunjung.

Ketua Pegawai Eksekutif PSKT, Mohd Huzairil Nizam Ibrahim berkata, pengiktirafan itu menjadi nilai tambah kepada institusi berkenaan yang selama ini menjadikan jumlah kehadiran pengunjung sebagai antara ukuran penting dalam memastikan peranannya terus relevan.

“Usaha keras selama ini yang sentiasa meletakkan jumlah kehadiran pengunjung ke PSKT menjadi penanda aras untuk institusi awam ini kekal relevan sehingga kini walaupun dalam bidang pendidikan sains kini mempunyai pelbagai pilihan atau platform untuk diterima oleh masyarakat.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Sudah tentu anugerah ini memberi tambah nilai dan penghormatan kepada PSKT itu sendiri di mana kini tanggungjawab kami bukan hanya sebagai entiti di dalam pendidikan dan pembudayaan sains malah diiktiraf sebagai salah satu pemain industri pelancongan yang boleh di angkat ke peringkat yang lebih tinggi lagi,” ujar Mohd Huzairil yang menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PSKT sejak 2022.

Peranan PSKT sebagai lokasi tumpuan pengunjung turut terserlah menerusi penganjuran Minggu Sains Negara 2026 Zon Timur pada Julai lalu, yang menjadikan PSKT tuan rumah program berkenaan buat kali keempat berturut-turut.

Program anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) itu merekodkan 20,419 pengunjung sepanjang tiga hari, jumlah tertinggi dalam tempoh empat tahun penganjurannya, selain melepasi sasaran awal 15,000 pengunjung dengan kehadiran pengunjung dari dalam dan luar negara.

PSKT dilancarkan pada Mac 2005 dan pada peringkat awal beroperasi di Terengganu Trade Center (TTC), sebelum berpindah ke Kampung Laut, Kuala Terengganu dan beroperasi sepenuhnya di fasiliti sendiri pada April 2016.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Selepas lebih dua dekad, PSKT bukan sahaja berperanan sebagai pusat pembelajaran dan pembudayaan sains, malah turut diketengahkan sebagai produk pelancongan berasaskan STEM, selari dengan usaha merancakkan Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *