Nilai apa yang terzahir pada tulisan, bukan bermain dalam fikiran – Dr. Maza

PERLIS – Umat Islam dinasihatkan supaya menilai apa yang terzahir pada tulisan, bukan yang bermain dalam fikiran.

Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin berkata, jika dapati ada rencana ke arah mempersendakan umat Islam, baharulah diambil tindakan sewajarnya.

Namun, katanya, jika tiada, jangan timbulkan masalah.

Beliau memberi contoh, di negeri itu ada sebuah hotel diberi nama β€œAll in”, maka ada yang tidak berpuas hati kerana kononnya mereka nampak macam tulisan β€œAllah”.

πŸ“ž Heda: +6014-808 8897 | πŸ’¬ Iqi: +6010-924 2335

β€œApatah lagi pemiliknya pula non-Muslim. Kes itu dirujuk kepada saya sebagai Mufti Negeri. Pemiliknya pun dah mula bimbang sebab barang dah banyak yang dicetak guna nama tersebut.

β€œSaya bertanya kepada yang membantah “dia tulis apa?”. Jawab mereka: “All in”. Tanya saya: “Jadi, apa masalahnya? Jawab mereka: “Nampak macam tulisan Allah”.

β€œSaya kata: “Dia tak tulis Allah, hampa yang nampak macam Allah. Huruf pun jelas All in, bukan Allah. Kita nilai apa yang terzahir pada tulisan tu bukan apa yang bermain dalam fikiran,” katanya menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.

Kes ini sama sebagaimana tular isu logo kasut tumit tinggi keluaran Vern’s Holding Sdn. Bhd. semalam, yang didakwa menyerupai kalimah Allah.

πŸ“ž +6019-936 9846 (Sharifah) | πŸ’¬ WhatsApp Tempahan
πŸ“ 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Berikutan itu, pengurusan syarikat berkenaan telah memohon maaf berhubung logo itu dan menjelaskan, pihaknya sama sekali tidak berniat untuk menghasilkan reka bentuk logo yang bertujuan untuk memperlekeh atau menghina mana-mana agama atau kepercayaan.

β€œKami berharap diberikan ruang untuk menjelaskan reka bentuk logo tersebut. Untuk pengetahuan semua, logo ini 100 peratus diilhamkan berdasarkan bayangan garisan tali yang bersambung dengan sebuah kasut tumit tinggi,” kata pengurusan Vern’s. – NasionalDaily

Telegram nasionaldaily.com:Β https://t.me/nasionaldaily

TikTok:Β https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.comΒ /Β sales@nasionaldaily.comΒ ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *