SKMM beri amaran jangan sebar kandungan bersifat provokatif

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) tidak teragak-agak bertindak tegas kepada pihak yang mengambil kesempatan terhadap isu logo kasut yang didakwa mirip kalimah Allah.

Menurut kenyataan, SKMM akan mengambil tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 jika ada yang membuat hantaran atau meninggalkan komen melampaui batas yang boleh mencetuskan ketegangan antara kaum.

“Susulan kenyataan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), SKMM menggesa mana-mana pihak yang mempunyai maklumat di media sosial melibatkan logo kasut itu diminta melaporkannya kepada pihak berkuasa termasuk polis.

“Semua pihak perlu memberikan ruang kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pihak berkuasa untuk melakukan siasatan berhubung dakwaan itu,” katanya di sini, hari ini.

Sehubungan itu, SKMM mengingatkan orang ramai tidak memuatnaik, berkongsi atau menyebarkan kandungan media sosial yang menyentuh sensitiviti 3R, sebaliknya laporkan kepada pihaknya di pautan https://aduan.mcmc.gov.my dan polis untuk tindakan selanjutnya. – NasionalDaily

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *