BERITA UTAMA

Cadangan halang Dr. Akmal masuk ke Sabah bertujuan politik

SABAH – Semuanya tujuan politik, sewaktu KK Mart keluarkan stoking tertera kalimah Allah mereka (James Ligunjing, Atama, Christopher Mandut) tiada langsung mengeluarkan kenyataan mengecam kedai serbaneka itu.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Kinabalu, Mohammad Azmi menegaskan, walau pun perkara itu jelas boleh mewujudkan ketegangan kaum dan agama, ini kerana KK Mart tidak ada kepentingan politik untuk mereka berbanding jika menyerang Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Katanya, mereka hanya mahu kaitkan UMNO Sabah terhadap isu berkenaan.

“Mereka tiada hak menghalang Dr. Akmal untuk datang ke Sabah, apatah lagi Dr. Akmal dijemput oleh orang Sabah sendiri untuk menghadiri program Ramadan.

“Tidak ada bukti Dr. Akmal mengeluarkan kenyataan perkauman sehingga hari ini, ada pun saranan boikot beliau adalah secara peribadi, ada yang mahu boikot ada yang tidak, terpulang kepada hak rakyat masing-masing.

“Ini bukannya mengenai agama atau kaum, ini mengenai memberi pengajaran kepada syarikat tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, jika isu Palestin banyak rangkaian syarikat diboikot tanpa ada sebarang isu, kenapa pula kalimah suci Allah yang begitu sensitif bagi agama Islam menjadi isu bila ada yang mahu memboikot tanpa melibatkan kekerasan?

“Ini bukti jelas tujuan mereka hanya untuk memburukkan imej seteru politik, saya ingatkan perkara begini jangan terlampau dipolitikkan, bahaya untuk keharmonian kita,” katanya. – NasionalDaily

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *