BERITA UTAMA

JAKIM panggil pengurusan Vern’s hari ini

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diarah memanggil pihak berkaitan mengenai logo kasut yang didakwa seakan mirip kalimah Allah bagi mendapatkan penjelasan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Na’im Mokhtar berkata, tindakan itu diambil berikutan tular satu perkongsian di media sosial mengenai logi kasut tumit tinggi keluaran syarikat Vern’s Holding Sdn. Bhd. semalam.

“Saya telah mengarahkan JAKIM untuk memanggil pihak berkaitan pada esok hari, 8 April (hari ini) bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

“Mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan boleh menyalurkan ia kepada pihak berkuasa termasuk polis.

“Semua pihak adalah dipohon untuk bertenang dan memberikan ruang kepada JAKIM serta pihak berkuasa untuk melakukan siasatan terhadap dakwaan ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut beliau, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak sekiranya telah jelas membuat tindakan yang menghina agama Islam. – NasionalDaily

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *