KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar (JKAS) sentiasa memantau tahap kebersihan serta keselamatan bazar Ramadan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Ini melibatkan pemeriksaan kehendak kesihatan kepada peniaga bazar dan keselamatan makanan yang dijual melalui pengambilan sampel makanan.
Menurut kenyataan dikeluarkan, sehingga 29 Mac lalu, Unit Kualiti Makanan JKAS telah mengambil 1,060 jenis sampel makanan dari pelbagai bazar untuk dihantar ke Makmal Pusat Analisis dan sekuriti Makanan (FOSAC) JKAS, DBKL.
Katanya, tiga strain bakteria utama dilakukan pemeriksaan iaitu E.Coli, Coliform dan Staphylococcus yang merupakan indikator atau petunjuk terhadap pengendalian sepanjang proses makanan disiapkan.
“Kehadiran bakteria ini berkait rapat proses penyediaan makanan yang tidak bersih, dimasak tidak sempurna dan kebersihan diri pengendali makanan tersebut yang tidak memuaskan.
“Hasil analisis tersebut ternyata 126 atau 11.9 peratus sampel makanan bazar Ramadan terdapat perlanggaran atau tercemar oleh kuman.
“DBKL telah mengeluarkan sebanyak 82 kompaun dan notis kepada peniaga bazar yang menjual juadah terdapat perlanggaran tersebut di bawah UUK 6(1) Undang-Undang Pengendali Makanan WPKL (1979) iaitu 6(1),” katanya.
Kenyataan itu menyatakan di bawah UKK 6(1) bermaksud, tiada seorang boleh menjual apa-apa benda makanan yang kotor atau mengandungi apa-apa jirim asing.
Katanya, jumlah gerai bazar yang telah dilakukan pemeriksaan dan pemantauan kesihatan oleh DBKL adalah sebanyak 2,404 perniaga.
“Kompaun dan notis telah dikeluarkan atas kesalahan UUK Pengendalian Makanan 1979 dan UUK Pelesenan Penjaja WPKL (2016), di mana kebanyakan peniaga bazar tidak mengambil suntikan vaksin Typhoid untuk pengendalian makanan.
“Selain itu, banyak teguran dan amaran dilakukan untuk peniaga lebih menjaga kebersihan dan keselamatan makanan seperti memastikan makanan tidak lama terdedah dan ketulan ais tidak diletak atas lantai atau jalan.
“Diingatkan juga peniaga terhadap “zero single use plastic” dan gunakan bahan yang mudah terurai,” katanya.
DBKL mengingatkan pembeli, pilih makanan yang bersih, sihat dan selamat, malah mereka digalakkan membawa bekas sendiri. – NasionalDaily
Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!