Tragedi kepala air: Mayat wanita ditemui, anak perempuan masih hilang

SERI KEMBANGAN – Mayat kedua mangsa tragedi kepala air di sungai Jalan KP 4/9 Kota Perdana dekat sini ditemukan, yang disahkan sebagai ibu kepada lima keluarga yang dihanyutkan dalam kejadian itu petang semalam.

Mayat wanita itu, yang dilaporkan lemas ditemukan tengah hari ini oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A. Anbalagan berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat wanita tu pada jam 12.17 tengah hari dekat Taman Lacattage, Putra Perdana.

Beliau berkata, mayat mangsa ditemui pada jarak 10 kilometer dari lokasi dilaporkan lemas.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Pihak penyelamat telah menaikkan mayat disahkan sendiri oleh suami mangsa.

“Bagaimanapun, anak bongsu yang terlibat dalam kejadian lemas ini belum ditemui dan usaha mencari masih diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, mayat wanita itu dibawa naik pada jam 1.18 tengah hari.

Media sebelum ini melaporkan, niat lima beranak untuk menjala ikan di sebatang sungai berakhir dengan tragedi apabila terlibat dalam kejadian kepala air.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Dalam kejadian itu, seorang bapa dan anak lelaki berusia sembilan tahun dilaporkan selamat.

Sementara ibu bersama anak perempuan berusia empat tahun telah hilang, manakala anak lelaki berusia 10 tahun ditemui mati lemas. – NasionalDaily

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *