BERITA UTAMA

Pemain remaja meninggal dunia terkena sepakan

ALGIERS, Algeria – Pemain bola sepak remaja meninggal dunia selepas terkena sepakan di bahagian abdomen dalam satu perlawanan di Algeria.

Wassim Jazzar, pemain 17 tahun yang mewakili kelab amatur di negara itu, terkena terjahan itu ketika bertembung dengan pertahanan lawan.

Ketika dia cuba mengeluarkan bola, perutnya terkena kaki lawan dan Jazzar rebah serta merta.

Pemain dari kedua-dua pasukan mengerumuninya sebaik permainan dihentikan.

Laporan media tempatan mengatakan, tidak ada ambulans atau doktor sekitar padang berkenaan dan Jazzar terpaksa dikejarkan ke hospital menggunakan kereta.

Dia kemudian disahkan meninggal dunia akibat hentakan berkenaan.

Media Algeria melaporkan yang Jazzar meninggal dunia sejurus selepas terkena sepakan itu.

Berita kematian berkenaan hadir selepas bola sepak Colombia dikejutkan dengan pemergian Guillermo Beltran, yang tumbang ketika latihan.

Penyerang Real Santa Cruz itu mengadu pening dan mual sebelum rebah pada Jumaat.

Kakitangan kelab berkata mereka cuba memberi bantuan pernafasan kepada penyerang itu dan memanggil ambulans selepas usaha menyedarkannya semula gagal.

Beltran meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. – AGENSI

 

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

 Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *