KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan, tindakan Pakatan Harapan (PH) bersama Pengerusi Bersatu Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 2018 adalah keputusan politik terbaik pada waktu itu.
Ini kerana, katanya, gabungan faktor politik yang didepani oleh PH dan Bersatu di bawah Mahathir untuk melawan Barisan Nasional (BN).
Saifuddin mengimbau pertemuan pertama Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mahathir.
“Dia nak save Malaysia. Anwar nak reform. Ini reconcilable. Physically Anwar di dalam. Yang di luar Tun Mahathir. Kalau kita nak sekalikan (Lim) Guan Eng, (Datuk Seri Mohamad) Mat Sabu, Dr (Wan) Azizah (Wan Ismail)
“Kita buat deal dengan Dr Mahathir. Kita bersedia untuk bersama dengan kamu provided kamu mesti commit dengan agenda reform.
“Yang kedua, kamu transisi. Kamu baru tubuh parti, hakikat kamu mendatangi kami jelas menunjukkan kamu tidak ada kekuatan. Kami sudah established,” katanya.
Beliau turut mengakui pengaruh Dr. Mahathir bagaikan empat inci pada galah untuk memenangkan gabungan Pakatan Harapan pada pilihan raya 2018.
Beliau yang juga Setiausaha PH dan Setiausaha Agung PKR berkata demikian dalam rancangan audio siar, Keluar Sekejap ketika ditemu ramah oleh Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Shahril Hamdan.
Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!