BERITA UTAMA

Pemandu maut kereta tersepit bawah lori

JASIN – Kemalangan negri ini berlaku di Jalan Elkay 4, Kawasan Perindustrian Jasin, Melaka pagi tadi, melibatkan sebuah kereta jenis Proton Wira dengan lori muatan tanah.

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin Bestari, PPgB Mohd Iskandar Ismail, pemandu Proton Wira itu, seorang lelaki berusia 48 tahun telah tersepit apabila kereta dipandunya terperosok bawah lori berkenaan.

Katanya, JBPM Melaka menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 7.25 pagi dan tujuh anggota BBP Jasin Bestari telah bergegas ke lokasi di Kawasan Perindustrian Jasin.

“Sebaik tiba, pasukan Bomba bertindak menjalankan operasi penyelamatan bagi mengeluarkan mangsa daripada kenderaan.

“Setelah berjaya dikeluarkan, pegawai perubatan dari KKM yang berada di tempat kejadian telah membuat pemeriksaan dan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kongsi berita menarik di Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!I

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *