BERITA UTAMA

Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$113.4 bilion pada 15 Mac 2024

KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$113.4 bilion (AS$1=RM4.731) pada 15 Mac 2024 berbanding dengan AS$114.3 bilion pada 29 Feb 2024.

Menurut bank pusat, paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.4 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa meliputi rizab mata wang asing berjumlah AS$100.8 bilion, diikuti kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.8 bilion), emas (AS$2.6 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.8 bilion).

Jumlah aset sebanyak RM620.64 bilion merangkumi emas dan pertukaran asing dan rizab lain, termasuk SDR (RM520.34 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM13.0 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM2.44 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM24.55 bilion), tanah dan bangunan (RM4.13 bilion) dan aset-aset lain (RM56.19 bilion).

BNM berkata modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM189.39 bilion), mata wang dalam edaran (RM168.01 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM150.93 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM9.05 bilion), deposit lain (RM39.89 bilion), kertas Bank Negara (RM29.80 bilion), peruntukan SDR (RM29.74 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM3.73 bilion). – BERNAMA

 

Kongsi berita menarik di Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *