PUTRAJAYA – Peguam, Rafique Rashid mengingatkan kembali keputusan kerajaan berhubung isu Pulau Batu Puteh pada Mei 2018 telah dipersetujui menteri Kabinet pada masa itu.
Ketika mengulas ucapan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Insititusi, Datuk Seri Azalina Othman Said di Dewan Negara, berkenaan tujuan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Batu Puteh ditubuhkan, Rafique berkata, keputusan kerajaan pada ketika itu dibuat berdasarkan nasihat daripada Dr. Brendan Plant yang mewakli tiga perunding antarabangsa dan peguam tempatan.
“Persoalan, mengapa beliau dilihat begitu bersungguh-sungguh dalam menekankan perkara berkaitan RCI Batu Puteh ini, sedangkan banyak penjelasan telah diberikan, terutama sekali dari bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas mengenai penarikan balik Permohonan Semakan tersebut.
“Harus diingat juga keputusan kerajaan pada Mei 2018 itu telah disetujui Kabinet Persekutuan, yang turut dianggotai sesetengah ahli Kabinet Persekutuan kerajaan hari ini.
Bagaimanapun, beliau berharap RCI yang ditubuhkan itu berjalan dengan telus dan adil. – NasionalDaily
Kongsi berita menarik di Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily
Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!.