SELARAS dengan pelbagai inisiatif yang dilaksanakan kerajaan Selangor untuk memastikan kualiti dan kuantiti sumber air mentah dapat dirawat serta dibekalkan kepada penduduk di negeri itu, Lembah Klang dan Putrajaya, LUAS telah mengambil inisiatif menjalin kerjasama pintar bersama agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam pengurusan dan pemantauan sumber air termasuk pembangunan serta pemuliharaannya.
LUAS hari ini memeterai persefahaman (MoU) baharu bersama JPS dalam memperkukuhkan bidang kerjasama dan turut melibatkan pertambahan kepada perkongsian data.
Memorandum dimeterai secara spesifiknya melibatkan perkongsian maklumat pengurusan sumber air dan data hidrologi tambahan 136 lagi stesen telemetri JPS.
Perkongsian data daripada keseluruhan 280 stesen telemetri ini dapat membantu kerajaan negeri melalui LUAS untuk memperkasakan lagi perolehan data untuk tujuan pemantauan sumber air seperti paras air dan kapasiti empangan, kadar hujan, aras air dan kadar alir sungai.
Ini sekali gus membantu proses membuat keputusan dan menambah baik setiap tindakan yang diambil dalam mengawal selia sumber air berdasarkan situasi semasa bagi memastikan kualiti dan kuantiti sumber air negeri berada di tahap yang optimum.
Dalam masa sama, jalinan persefahaman ini dapat memastikan pemantauan kuantiti dan kualiti sumber air secara optima bagi memastikan penggunaan optimum sumber air sedia ada di sungai dan kolam serta seterusnya kawalan pelepasan air empangan untuk pembekalan air mentah bagi 34 muka sauk bekalan air terutama dalam menghadapi fenomena El-Nino dan juga perubahan iklim. – NasionalDaily
Kongsi berita menarik di Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily
Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!