52 kenderaan lama di Depo Pengumpulan musnah terbakar

SUNGAI PETANI – Sekurang-kurangnya 52 kereta lusuh di Depo Pengumpulan, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah (MPSPK) dekat Taman Batik di sini, musnah dalam kebakaran.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, semua yang terbakar itu adalah kenderaan lama yang disita olej MPSP yang diletakkan di depo berkenaan.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Amanjaya, TPgB II Ismail Mohd Zain, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 10.58 pagi.

Katanya, pasukan bomba dari dua balai berhampiran iaitu BBP Amanjaya dan BBP Sungai Petani dengan kekuatan 24 anggota telah digerakkan ke lokasi bersama jentera.

“Kebakaran melibatkan kenderaan lama yang disita oleh pihak MPSPK dan diletakkan di Depo Pengumpulan majlis perbandaran itu.

“Anggaran kenderaan terbakar adalah hampir 52 buah dengan pelbagai jenis kenderaan yang telah lusuh.

“Pasukan bomba bertindak menjalankan operasi pemadaman dengan menggunakan enam aliran dan enam pancutan sehingga kebakaran dapat dikawal dan dipadamkan sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun, kata beliau, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu. – NasionalDaily

 

Kongsi berita menarik di Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *