PARIS – Menurut RMC Sport, kelab La Liga Sepanyol, Atletico Madrid, tidak mahu membenarkan penyerangnya, Antoine Griezmann (32) bermain di Sukan Olimpik Paris bersama skuad bola sepak kebangsaan Perancis.
Ia dilaporkan bahawa Griezmann dipilih sebagai salah seorang dari tiga pemain lebih usia yang diinginkan oleh Thierry Henry untuk berada dalam skuad bawah 23 Tahun di Sukan Olimpik, bersama-sama Olivier Giroud (37) dan Kylian Mbappe (25).
Tiada apa yang telah diputuskan dalam kedua-dua kes, ketika Henry mempunyai beberapa bulan sebelum memuktamadkan skuadnya, dan Atletico Madrid mungkin keberatan.
Bagaimanapun, berdasarkan situasi semasa, Atletico lebih suka Griezmann kekal di kelab ketika Sukan Olimpik berlangsung.
Ini terutama sekali kerana jurulatih kecergasan Atletico, Oscar Ortega, akan meletak jawatan pada akhir musim ini dan penggantinya untuk pramusim pertama ketika Sukan Olimpik berlangsung, mempunyai kaitan dengan perbincangan di antara ketua jurulatih, Diego Simeone dan Griezmann.
Kebimbangan lain buat Atletico ialah Griezmann dijangka akan disenaraikan dalam skuad Perancis untuk Euro 2024, beberapa minggu sebelum Sukan Olimpik.
Bermain dalam dua kejohanan ini akan memberikan kesan fizikal ke atas penyerang yang dianggap veteran selepas satu musim yang panjang di kelab, dan juga bermakna dia memulakan musim baharu tanpa satu tempoh rehat atau pramusim bersama kelab.
Walaupun dengan semua ini, Griezmann menjelaskan bahawa dia mahu menjadi sebahagian dari skuad Olimpik.
“Saya belum bercakap mengenai perkara ini dengan jurulatih tetapi ia adalah satu impian bagi saya. Jika saya dipanggil, saya meletakkan tekanan ke atas mereka (kelab) untuk membenarkan saya. Ia satu impian, ia satu sasaran, ia berlangsung di Perancis. Sukan Olimpik, semua orang akan menonton. Saya mahu menyertainya dan saya mahu bermimpi untuk dapat merasai pengalamannya.”
AKhirnya, semuanya bergantung kepada Atletico sama ada dia akan bermain atau tidak di Sukan Olimpik.
Badan induk bola sepak dunia (FIFA), tidak menganggap Sukan Olimpik diiktiraf sebagai kejohanan antarabangsa, dan kerana itu ia bergantung kepada keputusan kelab sama ada mahu melepaskan pemain untuk skuad kebangsaan atau tidak. — AFP
Kongsi berita menarik di Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily
Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!