SLIM RIVER – Seorang maut, seorang lagi cedera apabila kereta dipandu mereka bertembung dalam kemalangan di hadapan Masjid Klan Halt, dekat sini awal pagi ini.
Pemandu kereta jenis Proton Wira disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu Honda City mengalami cedera parah.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River, PBK II Muhammad Fadil Muhamad Raslan berkata, pihaknya dimaklumkan JBPM Perak yang menerima panggilan kejadian pada jam 5.51 pagi ini.
Katanya, seramai sembilan anggota telah bergegas ke lokasi bersama jentera LFRT dan kenderaan Unit EMRS.
“Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Wira dengan sebuah kereta jenis Honda City dan dua mangsa iaitu pemandu kedua-dua kenderaan didapati telah tersepit di bahagian pemandu.
“Pemandu kereta Proton Wira berusia 47 tahun telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan KKM, manakala pemandu Honda City berusia 38 tahun pula telah mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kata beliau, mangsa yang cedera dibawa ke hospital dengan kenderaan Unit EMRS, manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. – NasionalDaily
Kongsi berita menarik di Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily
Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!