Guru didakwa terlibat kes Nur Qaira dipindah sementara siasatan – JPN Kedah

ALOR SETAR – Guru yang dipercayai terlibat dengan kes seorang murid perempuan berusia 11 tahun didakwa meninggal dunia akibat penyakit jantung, namun dipaksa bersukan, disahkan telah ditukarkan sementara menunggu keputusan siasatan.

Jurucakap Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah berkata, guru berkenaan telah ditukarkan ke sekolah baharu sejurus selepas siasatan awal dilakukan dan tindakan itu adalah langkah intervensi awal. 

“Pada masa ini, tindakan telah diserahkan kepada unit integriti Kementerian Pendidikan (KPM) untuk tindakan seterusnya. 

“Orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes itu dan memberikan ruang kepada pihak JPN serta KPM untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh,” katanya dipetik Bernama

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Sementara itu, sumber dalaman sekolah memaklumkan kejadian melibatkan Allahyarham Nur Qaira Alisha Ahmad ‘Ilwan itu berlaku pada 14 April lalu, apabila murid berkenaan dikatakan terlibat dalam pemilihan bagi acara larian 80 meter untuk program sukan sekolah. 

“Murid itu memang mempunyai sejarah penyakit jantung dari kecil. (Selepas bersukan), murid berkenaan jatuh sakit dan mula mendapat rawatan pada 17 April dan tidak hadir ke sekolah selama empat bulan dan aduan daripada waris telah dibuat pada 10 Mei,” katanya.

Terdahulu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek telah mengarahkan unit integriti KPM mengambil tindakan selanjutnya berhubung kematian Nur Qaira Alisha, selaras peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa.

Beliau juga dimaklumkan, JPN Kedah telah menjalankan siasatan berhubung aduan yang dikemukakan keluarga arwah.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Sebelum ini, tular perkongsian bapa mangsa di media sosial mendakwa anaknya yang mengalami masalah jantung diarahkan oleh seorang guru untuk menyertai aktiviti larian pada pemilihan rumah sukan walaupun surat pengesahan mengenai 0penyakitnya itu telah diberi.

Akibat kejadian itu, Nur Qaira Alisha didakwa telah terlantar dan terpaksa memakai oksigen sebelum mangsa dilaporkan meninggal dunia pada jam 7.49 malam, Rabu lalu.

Kejadian itu mengundang pelbagai reaksi dari warga alam maya yang mahukan tindakan segera diambil terhadap mereka yang terlibat. – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *