Kalimah Allah kalimah suci yang sangat tinggi di hati umat Islam – Tunku Mahkota Ismail

KUALA LUMPUR – Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas mengenai isu menghina Islam dengan mempermainkan kalimah Allah.

Baginda dalam pernyataan titah yang disiarkan menerusi HRH Crown Prince of Johor bertitah, tindakan tegas itu perlu bagi memastikan isu seperti yang berlaku di kedai serbaneka KK Mart tidak akan berulang lagi.

“Berkenaan isu baru-baru ini, saya menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas mengenai isu berkenaan dan memastikan isu seperti ini tidak akan berulang lagi.

“Isu ini tidak boleh dipandang remeh.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Saya memandang serius isu ini dan berharap perkara ini tidak mengganggu gugat keharmonian negara,” titah baginda.

Baru-baru ini viral mengenai tindakan kedai serbaneka KK Mart menjual stokin tertera kalimah Allah.

Bagaimanapun, pengurusan kedai itu ada membuat kenyataan memohon maaf dan menarik perhatian Pemuda UMNO mengajak umat Islam memboikot KK Mart. – NasionalDaily

 

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Kongsi berita menarik di Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *