BERITA UTAMA

Kekal tenang, teruskan memboikot – Dr. Akmal

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO meminta umat Islam di negara ini kekal tenang dan teruskan memboikot kedai serbaneka KK Mart yang menghina agama dengan menjual stokin tertera kalimah Allah.

Ketuanya, Dr. Akmal Saleh menegaskan, lagi kuat pihak terbabit meminta kawan membelanya untuk tidak diboikot, lagi kuat umat Islam akan boikot mereka.

“Teruskan memboikot, kita bagi pengajaran keras kepada semua pihak yang suka-suka nak memperlekehkan isu agama dan bangsa.

“Ini masa kita semua bersama,” katanya menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.

Dalam pada itu, Dr. Akmal menempelak pemimpin DAP, Nga Kor Ming yang menuduh tindakan Pemuda UMNO mempertahankan kalimah Allah dengan memboikot KK Mart adalah hasutan.

Bring it on bro. (Pemuda UMNO) sedikit pun tidak gentar.

“UMNO ini prinsipnya mempertahankan Islam, bumiputera dan Raja-raja Melayu dan tidak pernah berubah dari dulu kini dan Insyallah selamanya.

“Itulah yang Pemuda UMNO pegang sampai mati,” tegas beliau.

Semalam, Kor Ming yang juga Ketua Whip Parlimen DAP menggesa Dr. Akmal supaya berhenti menghasut sentimen perkauman dan agama berhubung kemelut stoking bercetak “Allah” yang ditemui di KK Mart.

Dia berkata, reaksi Dr. Akmal adalah memudaratkan dan mungkin akan memberi kesan kepada UMNO.

“Ketua Pemuda UMNO Akmal dan netizen tidak seharusnya terus mencetuskan sentimen perkauman dan agama dengan sikap angkuh dan provokatif. Ini adalah tingkah laku yang berbahaya dan tidak boleh diterima sama sekali.

“Sekiranya Dr. Akmal tidak mahu melihat UMNO terus kehilangan sokongan rakyat, beliau mesti bermuhasabah diri terlebih dahulu, dengan rendah hati menerima nasihat ikhlas, atau beliau akan dikenang sebagai punca kekalahan UMNO dalam pilihan raya,” kata Kor Ming dalam satu kenyataan. – NasionalDaily

 

Kongsi berita menarik di Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *