Belum ada petunjuk ajaran sesat Ayah Pin dihidupkan semula – Polis Terengganu

TERENGGANU – Polis negeri ini belum mendapat petunjuk ajaran sesat yang dikaitkan dengan Ayah Pin akan dihidupkan semula.

Ketua Polis negeri, Mazli Mazlan berkata, pihaknya sentiasa memantau perkembangan di perkampungan itu yang kebanyakannya terdiri daripada ahli keluarga dan saudara mara Ayah Pun atau nama sebenarnya Ariffin Muhamad.

“Setakat ini, belum ada sebarang petunjuk ajaran sesat Ayah Pin mahu dihidupkan semula di sebalik ahli keluarga dan saudara maranya berkumpul baru-baru ini.

“Menerusi tinjauan polis di Kampung Batu 13, Hulu Besut itu, tiada aktiviti mencurigakan dijalankan 124 penduduk di perkampungan itu.

“Secara kasarnya, kami masih tidak kesan apa-apa. Cuma baru-baru ini mereka ada berkumpul buat doa selamat. Jadi, mungkin dengan mereka berkumpul itu dikatakan nak hidupkan semula ajaran ini,” katanya kepada BERNAMA.

Menurut Mazli, pemantauan berterusan sentiasa dibuat polis bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

Katanya, polis tiada kompromi jika berlaku dan akan memastikan perkara itu tidak berulang lagi.

“Kalau ada kesalahan kita akan ambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Mazli berkata, polis ada merakam keterangan seorang wanita yang membuat laporan di Pahang mengatakan ajaran sesat itu cuba dihidupkan kembali.

“Kita masih pertimbangkan sama ada hendak merakam keterangan pemilik akaun Facebook ‘Imam Muda Kulan’ yang turut mendakwa perkara sama.

“Polis mengalu-alukan segala maklumat dan bukti daripada orang ramai berhubung perkara ini. Pada masa sama, diingatkan untuk tidak membuat kenyataan yang belum disahkan lagi dan tidak membesarkan isu ini yang masih dalam siasatan pihak berwajib,” katanya. – NasionalDaily

 

Kongsi berita menarik di Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *