BATU PAHAT – Dua maut akibat cedera parah dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer 103, Jalan Johor Bahru – Melaka berhampiran Tanjung Labuh di Batu Pahat, malam semalam.
JBPM Johor menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 11.18 malam dan seramai lapan anggota BBP Rengit bergegas ke lokasi bersama jentera FRT.
Menurut Komander Operasi, PBK II Zulhaizan Ishak, kemalangan itu melibatkan dua kereta Perodua Myvi yang bertembung.
Katanya, ada dua mangsa telah tersepit di bahagian pemandu di kedua-dua kereta tersebut.
“Pasukan Bomba bertindak menjalankan operasi penyelamatan untuk mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan menyelamat.
“Namun, selepas berjaya dikeluarkan, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan KKM,” katanya. – NasionalDaily
Kongsi berita menarik di Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily
Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!
