ISTANBUL – Sekurang-kurangnya 80 rakyat Palestin syahid dalam serangan semalaman Israel ke atas Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu.
Laporan media di Gaza menyatakan, Israel terus menyerang pelbagai bahagian di wilayah terkepung itu termasuk Kem Pelarian Nusairat dan Bandaraya Gaza.
Serangan itu mengakibatkan ramai penduduk cedera dalam serangan yang menyasarkan rumah dan bangunan awam.
Tentera Israel mengebom sebuah rumah di jalan al-Jala menyebabkan ramai penduduk terperangkap di bawah runtuhan.
Serangan itu juga memusnahkan sebuah bangunan tujuh tingkat berhampiran Hospital al-Shifa di Bandaraya Gaza, mengakibatkan kematian berpuluh-puluh penduduk, dengan lebih ramai lagi terperangkap di bawah runtuhan.
Pasukan pertahanan awam Palestin mengeluarkan lima mayat penduduk daripada runtuhan bangunan itu manakala usaha menyelamat lain masih diteruskan.
Sekurang-kurangnya lima rakyat Palestin terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam serangan ke atas sebuah rumah di kawasan perumahan Tuffah di Bandaraya Gaza.
Menurut Pejabat Media kerajaan Gaza, ramai penduduk terbunuh apabila tentera Israel mengebom sebuah rumah di kawasan perumahan Nasr.
Tentera rejim juga menyerang sebuah rumah di Kem Pelarian Nusairat, membunuh sekurang-kurangnya 36 rakyat Palestin.
Sejak 7 Okt lepas, sekurang-kurangnya 31,490 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak telah terbunuh di Gaza manakala 73,439 lagi cedera dalam serangan berterusan Israel.
Kongsi berita menarik di Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily
Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!