Pelajar SBP Dilaporkan Hilang Ditemukan Selamat

IPOH – Pelajar sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) di Kuala Kangsar yang dilaporkan hilang semalam ditemukan selamat pada hari yang sama.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Heisham Harun berkata pihaknya menerima aduan kira-kira 6 petang semalam daripada ibu pelajar berusia 13 tahun tersebut selepas dimaklumkan mengenai kehilangan itu oleh pihak sekolah.

“Usaha mengesan pelajar itu giat dijalankan polis yang turut melibatkan Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak serta bantuan pihak sekolah dan ahli keluarga. 

“Pelajar itu berjaya ditemukan polis di Taiping kira-kira 10 malam hasil maklumat orang awam dan diserahkan kepada ibu bapanya dalam keadaan baik serta selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Heisham berkata kejadian itu tidak berkaitan dengan kes kematian pelajar SBP di Kuala Kangsar yang dilaporkan pada Rabu lepas.

Terdahulu, kehilangan pelajar tingkatan satu sebuah SBP di Kuala Kangsar itu tular di media sosial. – BERNAMA

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *