Empat Remaja Bawah Umur Ditahan Halang Tugas Polis

IPOH – Empat remaja bawah umur termasuk seorang remaja perempuan ditahan kerana disyaki menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas di KM 286.5 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Simpang Pulai, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tapah DSP Mohd Fadzil Ismail berkata sepasukan anggota yang menjalankan tugas rondaan menerima maklumat daripada pusat kawalan daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah pada 4.20 petang semalam, bagi membantu anggota Balai Polis Ringlet mengesan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Cherry dinaiki beberapa individu warga tempatan yang disyaki terlibat dalam kes melarikan orang.

Beliau berkata susulan maklumat tersebut, anggota polis telah bergerak ke kawasan Batu 3, Jalan Pahang, di Tapah bagi menjalankan pemantauan dan kenderaan terbabit berjaya dikesan kira-kira 5.30 petang,  

“Anggota polis telah mengarahkan pemandu kenderaan tersebut berhenti untuk pemeriksaan, namun pemandu kenderaan gagal mematuhi arahan sebaliknya memecut laju sehingga hampir melanggar anggota polis yang bertugas.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Anggota polis kemudian telah mengejar kenderaan tersebut sehingga ke kawasan Plaza Tol Tapah. Dalam usaha memintas kenderaan suspek, kenderaan polis telah dilanggar pada bahagian bumper oleh kenderaan suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Fadzil berkata usaha mengejar diteruskan dengan bantuan sebuah lagi kenderaan polis dari IPD Ipoh sebelum kenderaan suspek berjaya ditahan di Simpang Pulai.

Beliau berkata keempat-empat suspek ditahan dan kenderaan yang digunakan mereka turut dirampas bagi siasatan lanjut

“Siasatan awal mendapati kesemua yang ditahan merupakan remaja belasan tahun dan hasil ujian saringan air kencing mereka negatif dadah selain tidak mempunyai rekod lampau.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Tiga remaja lelaki yang ditahan direman empat hari bermula hari ini, manakala remaja perempuan diberi jaminan polis memandangkan terlibat dengan kes yang sedang disiasat di Jitra, Kedah,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan serta Seksyen 279 dan Seksyen 353 kanun yang sama. – BERNAMA

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *