Sultan Pahang Terima Ijazah Kehormat, Tengku Hassanal Dimasyhur Canselor UniKL

KUALA LUMPUR – Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan bersempena dengan Istiadat Konvokesyen ke-23 Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

Penganugerahan itu merupakan pengiktirafan tertinggi UniKL terhadap kepimpinan Al-Sultan Abdullah selaku Canselor UniKL pertama, selama 21 tahun.

Dalam titah penerimaan, Al-Sultan Abdullah menyifatkan penganugerahan itu sebagai pengiktirafan terhadap dedikasi kolektif warga universiti berkenaan, sepanjang dua dekad lepas.

“Bagi saya, kemuliaan sesuatu anugerah bukanlah terletak pada gelaran yang disandang, tetapi pada amanah yang dijunjung dan bakti yang disumbangkan. Kerana pada akhirnya, bukan pangkat yang mengangkat martabat insan, tetapi ilmu, keikhlasan dan jasa yang ditinggalkan,” titah baginda.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Turut berangkat Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan anakanda Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merangkap Pro-Canselor UniKL, Naib Canselor UniKL Prof Dr Kushsairy Abdul Kadir dan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Sultan Pahang bertitah legasi amanah sebagai Canselor UniKL itu kini akan diteruskan oleh anakanda baginda Tengku Hassanal, yang dimasyhurkan sebagai Canselor UniKL baharu pada istiadat konvokesyen itu.

Pada istiadat sama, UniKL menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR) bagi kategori Longest Serving Royal Chancellor of a Private Higher Education Institution, yang mengiktiraf tempoh perkhidmatan berterusan Al-Sultan Abdullah sebagai Canselor UniKL selama 21 tahun, satu bulan dan 21 hari bermula 1 Julai 2004 hingga 22 Ogos 2025.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Istiadat Konvokesyen ke-23 UniKL yang berlangsung dalam 11 sesi bermula hari ini hingga 26 Nov meraikan 8,147 graduan merangkumi 8,022 graduan tempatan dan 125 graduan antarabangsa dari 39 negara.

Selain itu, ia turut menyaksikan bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UniKL Prof Datuk Dr Abdul Hakim Juri, dianugerahkan gelaran Profesor Emeritus. – BERNAMA

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *