KPDN Perkukuh Pemantauan Bekalan, Harga Barangan Keperluan Ketika Monsun – Armizan

PAPAR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperkukuh pemantauan bekalan serta harga barangan keperluan sepanjang musim Monsun Timur Laut bagi memastikan bekalan mencukupi dan kepentingan pengguna terus terpelihara, khususnya di kawasan berisiko banjir.

Menteri berkenaan Datuk Armizan Mohd Ali berkata langkah kesiapsiagaan itu dilaksanakan secara berterusan dan bukan hanya selepas berlakunya bencana, termasuk mengenal pasti kawasan berisiko tinggi mengalami gangguan bekalan akibat banjir.

Beliau berkata antara langkah awal yang diambil ialah mengenal pasti peruncit dan pemborong di kawasan berisiko bagi membolehkan mereka menyimpan stok tambahan barangan kawalan sebagai persediaan menghadapi kemungkinan gangguan bekalan.

“Kita ada jawatankuasa penstabilan ataupun pemantauan bekalan dan juga harga barangan keperluan rakyat. Mereka bermesyuarat dua bulan sekali dan satu daripada agenda mereka itu ialah melihat situasi apabila berlakunya gangguan bekalan disebabkan oleh bencana,” katanya.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Kesiapsiagaan Menghadapi Bencana: Radio Amatur sebagai Komunikasi Alternatif Peringkat Negeri Sabah 2026 anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Abdul Halim Hamzah dan Ketua Pegawai Hal Ehwal Negeri MCMCBukhari Yahya.

Armizan berkata kerjasama dengan kementerian lain termasuk Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan turut memainkan peranan penting bagi memastikan bekalan makanan mencukupi sepanjang tempoh berkenaan.

Mengulas kemungkinan pelaksanaan skim kawalan harga barangan keperluan sepanjang musim monsun seperti yang dilaksanakan ketika musim perayaan, Armizan berkata perkara itu bergantung pada keadaan semasa dan keperluan di kawasan terjejas.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Beliau berkata keutamaan ketika bencana bukan semata-mata mengawal harga barangan, sebaliknya memastikan bekalan makanan dan keperluan asas dapat disampaikan kepada penduduk, terutamanya apabila banjir menjejaskan pergerakan serta akses ke premis perniagaan.

Armizan berkata kerajaan turut melaksanakan Program Jualan RAHMAH MADANI Pascabanjir di kawasan terjejas bagi membantu meringankan beban kewangan mangsa selepas bencana. – BERNAMA

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *