PACU Anjur Program Yakin MADANI Di Lima Lokasi Bermula 28 Nov

PUTRAJAYA – Program Yakin MADANI “Memaknai Harapan Rakyat” bakal menjelajah lima lokasi terpilih di seluruh negara bermula 28 Nov ini bagi mendekatkan dasar dan inisiatif kerajaan kepada rakyat menerusi pendekatan lebih segar, santai dan mesra golongan muda.

Program anjuran Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) Pejabat Perdana Menteri itu merupakan manifestasi iltizam kerajaan untuk memastikan setiap dasar dan inisiatif diterjemahkan kepada manfaat nyata buat rakyat.

Sekretariat Induk Program Yakin MADANI PACU dalam kenyataan hari ini memaklumkan program ini menghimpunkan pelbagai aktiviti menarik termasuk pertandingan e-sukan, peluang kerjaya, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta kecerdasan buatan (AI), selain menyediakan akses terus kepada perkhidmatan kerajaan dan pelbagai kemudahan percuma untuk manfaat pengunjung.

“Program Yakin MADANI juga bukti komitmen kerajaan dalam menterjemahkan dasar dan inisiatif kepada manfaat nyata buat rakyat, sekali gus memperluas peluang, meningkatkan kesejahteraan serta memastikan manfaat Belanjawan 2027 dapat dirasai seluruh lapisan masyarakat,” katanya.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Majlis perasmian program itu bakal disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan orang ramai khususnya golongan belia dijemput hadir bersama keluarga serta rakan-rakan untuk memanfaatkan pelbagai pengisian yang disediakan.

Antara lokasi yang disenaraikan ialah Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan (KOMBES), Negeri Sembilan; Kompleks Sukan Balik Pulau, Pulau Pinang; Dewan Merdeka, Seri Manjung, Perak; Dataran Merdeka, Kuala Lumpur bagi peringkat kebangsaan dan Dewan Masyarakat Papar, Sabah.

Program di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang dijadualkan berlangsung pada 28 hingga 29 Nov diikuti Perak dan Kuala Lumpur pada 5 hingga 6 Dis, manakala Sabah pada 12 hingga 13 Dis ini.

Penganjuran di setiap lokasi turut mendapat kerjasama kementerian dan pejabat kerajaan negeri berkaitan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan serta pengisian program dapat dilaksanakan dengan berkesan. – BERNAMA

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *