Kemelut Negeri Sembilan: Integriti institusi, Perlembagaan perlu diutamakan – MCW

KUALA LUMPUR – Kemelut membabitkan Institusi Yang di-Pertuan Besar, Undang Yang Empat dan pentadbiran kerajaan negeri perlu ditangani berlandaskan Perlembagaan, undang-undang serta prinsip tatakelola yang baik, kata Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW).

Presidennya, Jais Abdul Karim berkata, perkembangan semasa di Negeri Sembilan tidak wajar dilihat hanya dari sudut politik atau dijadikan perdebatan mengenai pihak yang betul atau salah.

Sebaliknya, katanya, isu itu perlu dilihat sebagai ujian terhadap integriti institusi, kedaulatan undang-undang, tatakelola serta penghormatan terhadap Adat Perpatih dan kerangka perlembagaan negara.

“MCW memandang serius perkembangan semasa di Negeri Sembilan yang melibatkan institusi Yang di-Pertuan Besar, Undang Yang Empat dan pentadbiran kerajaan negeri.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Isu ini tidak wajar dilihat semata-mata daripada perspektif politik atau persoalan siapa betul dan siapa salah. Ia merupakan ujian penting terhadap integriti institusi, tatakelola, kedaulatan undang-undang serta penghormatan terhadap Adat Perpatih dan kerangka perlembagaan,” katanya dalam kenyataan.

Jais berkata, keunikan sistem pemerintahan Negeri Sembilan memerlukan semua pihak memahami dengan jelas bidang kuasa serta batas kuasa masing-masing.

Menurutnya, perkara itu perlu dirujuk kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri, adat yang terpakai dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, sebarang pertikaian berkaitan kedudukan atau bidang kuasa institusi negeri juga tidak seharusnya diselesaikan melalui tekanan politik, persepsi awam atau perdebatan terbuka tanpa mengambil kira saluran yang sah.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Dalam perkembangan sama, MCW mengingatkan orang ramai supaya tidak menjadikan media sosial sebagai “mahkamah” untuk menentukan sesuatu isu yang masih belum diputuskan oleh pihak berautoriti.

Jais berkata, kesimpulan yang dibuat berdasarkan khabar angin, dokumen yang tidak lengkap, petikan terpilih atau tafsiran yang belum disahkan boleh mengeruhkan keadaan dan menjejaskan keyakinan masyarakat terhadap institusi terbabit.

“Jangan jadikan media sosial sebagai ‘mahkamah’ dengan membuat kesimpulan berdasarkan ‘hearsay’, dokumen separa, sentimen atau tafsiran yang belum diputuskan melalui proses yang berautoriti,” katanya.

Beliau pada masa sama menegaskan kepentingan rakyat dan kesinambungan pentadbiran negeri perlu menjadi keutamaan dalam menangani kemelut berkenaan.

Menurutnya, sebarang pertikaian di peringkat institusi tidak seharusnya menyebabkan urusan pentadbiran negeri dan kepentingan rakyat terjejas.

Jais turut memperluas maksud integriti yang menurutnya tidak hanya berkaitan usaha membanteras rasuah.

“Integriti bukan sekadar bebas daripada rasuah. Integriti juga bermaksud menghormati batas kuasa, mematuhi proses yang sah dan bersedia mempertanggungjawabkan setiap keputusan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak supaya mengutamakan fakta, tertib dan kebijaksanaan dalam menangani perkembangan berkenaan, selain memberi ruang kepada mekanisme perundangan dan institusi yang berautoriti untuk menentukan perkara yang dipertikaikan.

“Semua pihak perlu mengutamakan fakta, tertib, kebijaksanaan dan keluhuran undang-undang demi memelihara keyakinan rakyat terhadap institusi negara,” katanya.

Kenyataan MCW itu pada asasnya menekankan bahawa kemelut berkaitan institusi negeri perlu dipisahkan daripada sentimen politik dan persepsi media sosial. Sebarang persoalan mengenai kuasa, kedudukan atau proses perlembagaan perlu ditentukan berdasarkan undang-undang serta bidang kuasa institusi yang berkaitan, bukannya melalui tekanan atau penghakiman awam.

MCW sebelum ini turut menegaskan bahawa usaha mempertahankan integriti dan tatakelola memerlukan prinsip yang konsisten serta tidak boleh dipengaruhi oleh kecenderungan politik atau layanan berbeza terhadap pihak tertentu.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *