MB cabar kesahan pembatalan pelantikan Exco, dakwa bercanggah Perlembagaan

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim mempertahankan kedudukan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dengan menegaskan sebarang tindakan memberhenti atau menamatkan pelantikan mereka tanpa nasihat atau permintaan rasmi Menteri Besar adalah tidak sah serta bercanggah dengan Perlembagaan.

Ismail berkata, beliau tidak pernah dirujuk atau memberikan nasihat berhubung keputusan membatalkan pelantikan barisan Exco yang berkuat kuasa serta-merta.

Sehubungan itu, katanya, beliau tidak melihat keperluan untuk mengemukakan senarai baharu bagi menggantikan barisan Exco berkenaan kerana dari sudut pendiriannya, pelantikan sedia ada masih mempunyai kesan undang-undang.

Beliau berkata, pendirian itu berdasarkan tafsirannya terhadap peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 (UUTKNS), khususnya Perkara 38(5), Perkara 38(4) dan Perkara 40.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Mana-mana tindakan memberhenti atau menamatkan keahlian Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dibuat tanpa nasihat atau permintaan rasmi daripada Menteri Besar adalah tidak sah, tidak berperlembagaan serta tidak mempunyai sebarang kuat kuasa undang-undang,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Katanya, Perkara 40(1) UUTKNS 1959 menetapkan Yang di-Pertuan Besar hendaklah bertindak mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Menteri Besar dalam menjalankan fungsi pentadbiran.

Menurut beliau, kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Besar di bawah Perkara 40(2) pula hanya meliputi perkara yang dinyatakan secara khusus dalam peruntukan berkenaan.

“Kuasa untuk memberhentikan Exco secara bersendirian tidak termaktub dalam institusi budi bicara tersebut,” katanya.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Beliau turut berhujah, Perkara 38(5) berkaitan tempoh jawatan Exco perlu dibaca bersama Perkara 38(4) dan Perkara 40(1), bukannya ditafsir secara berasingan.

Berdasarkan tafsiran itu, katanya, sebarang penamatan atau perubahan terhadap barisan Exco perlu dibuat berdasarkan nasihat rasmi Menteri Besar.

Ismail turut memberi jaminan pentadbiran kerajaan negeri akan terus mempertahankan keluhuran Perlembagaan bagi memastikan kestabilan pentadbiran serta mandat rakyat terpelihara.

Perkembangan itu berlaku selepas Istana Negeri Sembilan mengumumkan pembatalan pelantikan semua Exco berkuat kuasa serta-merta lewat malam tadi.

Menurut kenyataan Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan, Datuk Azizi Mohamad Ali, keputusan itu dibuat selepas Istana mendapati kesemua Exco berkenaan telah memungkiri sumpah jawatan mereka.

Kenyataan Istana turut merujuk Perkara XXXVIII(5) UUTKNS 1959 yang menyatakan seseorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri memegang jawatan selagi mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar.

Kesemua Exco terbabit sebelum ini mengangkat sumpah serta menandatangani ikrar taat setia pada 7 Ogos lalu sebelum dilantik menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Dengan perkembangan terbaharu itu, wujud perbezaan tafsiran yang ketara antara pihak Menteri Besar dan Istana berhubung bidang kuasa serta prosedur yang boleh digunakan untuk menamatkan pelantikan anggota Exco.

Pihak Menteri Besar menegaskan nasihat atau permintaan rasmi daripadanya diperlukan bagi menamatkan pelantikan, manakala kenyataan Istana pula bersandar pada peruntukan yang menyatakan tempoh seseorang Exco memegang jawatan tertakluk kepada perkenan Yang di-Pertuan Besar.

Persoalan utama kini bukan lagi sekadar mengenai siapa yang menganggotai barisan Exco, tetapi turut menyentuh tafsiran terhadap peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan serta hubungan kuasa antara Menteri Besar dengan Yang di-Pertuan Besar dalam pelantikan dan penamatan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Isu itu juga berpotensi menjadi persoalan perlembagaan yang memerlukan tafsiran berautoriti sekiranya kedua-dua pihak kekal dengan pendirian masing-masing.

Untuk konteks, barisan Exco semasa dibentuk selepas PRN Negeri Sembilan ke-16 dan seramai 10 ADUN mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Besar pada 7 Ogos lalu.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *