Anwar Tegur Parti Politik Jangan Eksploitasi Isu Kaum Demi Sokongan

MELAKA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan parti politik tidak menjadikan isu perkauman sebagai modal untuk meraih sokongan, khususnya ketika berdepan perselisihan dan perkembangan politik yang tidak memihak kepada mereka.

Beliau berkata, pendekatan sedemikian sering muncul apabila sesebuah parti atau kumpulan politik berada dalam keadaan terdesak.

“Bila dah gaduh, semua tarik sokongan, guna isu kaum. Bila terdesak, guna lagi isu kaum,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pesta Kebudayaan Cina Malaysia ke-41 di Encore Theatre Melaka, Klebang, malam tadi.

Anwar berkata, Malaysia sudah 69 tahun mencapai kemerdekaan dan isu berkaitan kaum tidak seharusnya terus dijadikan perkara utama dalam percaturan politik negara.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Menurut beliau, Malaysia perlu bergerak ke hadapan sebagai sebuah negara yang dibina atas kekuatan masyarakat berbilang kaum, tanpa mengira siapa yang menerajui pentadbiran.

“Ucapan malam ini lebih kepada rayuan. Rayuan supaya kita kembali dengan kekuatan. Setiap suara dikira. Untuk survival kita.

“Tak habis lagi, bincang, gaduh. Negeri siapa? Negeri kita,” katanya.

Beliau berkata, perbincangan mengenai kelangsungan setiap kaum mungkin dapat difahami dalam tempoh sebelum dan selepas kemerdekaan ketika negara masih membina asas sebagai sebuah negara baharu.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Dalam tahun 1940-an, 1950-an, saya faham. Negara baru hendak merdeka, masing-masing bercakap soal survival kaum mereka.

“60-an pun ya, negara masih baharu,” katanya.

Bagaimanapun, Anwar berkata, keadaan negara hari ini memerlukan semua pihak melihat kelangsungan masa depan Malaysia sebagai tanggungjawab bersama.

Menurut beliau, perbezaan sokongan politik tidak seharusnya mengatasi tanggungjawab untuk menjaga rakyat dan masa depan negara.

“Siapa sahaja diberi mandat, siapa sahaja disokong, mesti janji menjaga rakyat, menjaga negara, menjaga masa depan anak-anak kita sebagai satu negara,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar menegaskan, kerajaan tidak akan berkompromi terhadap rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Katanya, usaha membanteras rasuah akan diteruskan secara tegas bagi memastikan negara dapat ditadbir dengan lebih bersih.

“Saya dan kerajaan saya tidak bertolak ansur dan saya akan terus bertindak tegas untuk bersihkan negara ini, bersihkan negara ini daripada rasuah,” katanya.

Beliau turut menyeru semua pihak supaya melihat Malaysia sebagai sebuah negara milik bersama yang perlu dipelihara melalui sikap saling menghormati dan kerjasama antara masyarakat berbilang kaum.

Menurut Anwar, kekuatan negara bergantung kepada kemampuan rakyat untuk bergerak sebagai satu masyarakat tanpa membiarkan perbezaan kaum menjadi punca perpecahan.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *