IPOH – Hasil bedah siasat tiga mangsa kebakaran di Taman Desa Tambun, di sini awal pagi semalam mendapati dua daripadanya meninggal dunia akibat kecederaan berkaitan kebakaran, manakala seorang lagi kerana terhidup asap.
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Muhammad Najib Hamzah berkata, bagaimanapun punca kebakaran masih dalam siasatan lanjut.
“Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan serta menghormati sensitiviti keluarga mangsa,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, kejadian melibatkan sebuah rumah teres dua tingkat itu dipercayai berlaku sekitar jam 3.50 pagi.
Katanya, susulan itu, polis bersama pasukan bomba bergegas ke lokasi sebelum kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya kira-kira jam 6 pagi semalam.
Kebakaran itu meragut nyawa dua warga emas iaitu Raja Ahmad Raja Ali, 70, dan Zaitun Mohamed, 64, serta cucu lelaki mereka Nik Abdurrahman Azimin Harith Helal, 18.
Jenazah semua mangsa selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Tambun jam 8.25 malam tadi selepas selesai proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini. – BERNAMA
Telegram: Nasional Daily
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Facebook: Nasional Daily
TikTok: NasionalDaily
Whatsapp: NasionalDaily.com
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
