IPOH – Tiga penunggang maut, manakala sembilan lagi cedera dalam kemalangan membabitkan 12 motosikal dan tiga kereta di Jalan Jelapang-Ampang, di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian sekitar jam 3.35 pagi itu, semua 15 kenderaan terbabit dipercayai bergerak dari arah Meru ke Tambun sebelum terlibat dalam kemalangan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada orang awam pada jam 3.35 pagi.
Menurutnya, siasatan awal mendapati dua daripada mangsa maut di lokasi kejadian.
“Dua penunggang motosikal masing-masing berusia 19 dan 20 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Seorang lagi penunggang motosikal berusia 19 tahun pula meninggal dunia ketika menerima rawatan di Zon Merah, Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Muhammad Najib berkata, sembilan lagi penunggang motosikal yang berusia antara 19 hingga 25 tahun mengalami kecederaan dalam nahas itu.
Katanya, semua mangsa yang cedera kemudian dibawa ke HRPB untuk mendapatkan rawatan lanjut.
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
“Ketiga-tiga pemandu kereta yang terbabit dalam kemalangan ini tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Beliau berkata, pihak polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian, termasuk keadaan yang menyebabkan kesemua 15 kenderaan terbabit dalam nahas berkenaan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian,” katanya.
Telegram: Nasional Daily
Facebook: Nasional Daily
TikTok: NasionalDaily
Whatsapp: NasionalDaily.com
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
