MCA Jangan Politikkan Larangan Penjualan Arak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)

Mujahid persoal ‘kompas moral’ UMNO, PAS susulan pengampunan bersyarat Najib

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa mempersoalkan ‘kompas moral’ politik Melayu dan Islam susulan reaksi UMNO serta PAS terhadap keputusan pengampunan bersyarat membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mujahid berkata, beliau menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang memperkenankan pengampunan bersyarat terhadap Najib, termasuk membolehkan bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta.

Namun, beliau mendakwa terdapat persoalan moral yang perlu dijawab UMNO dan PAS apabila keputusan berkenaan diraikan sebagai satu bentuk kemenangan politik.

“Saya menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong memberikan pengampunan bersyarat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Tetapi, saya sangat bimbang dengan sikap UMNO dan PAS yang meraikan keputusan ini sebagai satu kemenangan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, persoalan utama bukan mengenai kuasa pengampunan diraja, sebaliknya mesej yang disampaikan apabila seorang pemimpin yang sabitannya kekal dalam rekod mahkamah diraikan oleh parti politiknya.

Beliau berkata, Najib bukan dibebaskan daripada sabitan dalam kes SRC International, sebaliknya masih merupakan individu yang telah disabitkan oleh mahkamah berhubung kes membabitkan RM42 juta.

Dalam kes berkenaan, Mahkamah Persekutuan sebelum ini mengekalkan sabitan terhadap Najib, menyebabkan beliau mula menjalani hukuman penjara pada Ogos 2022.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Hukuman asal 12 tahun penjara kemudian dikurangkan kepada enam tahun, manakala denda RM210 juta dikurangkan kepada RM50 juta melalui keputusan Lembaga Pengampunan pada 2024.

Mujahid kemudian membawa persoalan itu kepada prinsip agama, khususnya berkaitan harta yang diperoleh secara batil.

Beliau memetik firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 188 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu memakan harta sesama kamu dengan jalan yang batil.”

Katanya, prinsip berkenaan sepatutnya menjadi asas kepada pendirian parti yang membawa imej Melayu dan Islam, khususnya apabila berdepan isu rasuah serta penyalahgunaan kuasa.

“Di mana maruah kita apabila sabitan kesalahan seperti ini tidak lagi menjadi perkara yang memalukan, tetapi disambut dengan kemenangan, kemenangan meraikan seorang yang sabit kesalahannya di mahkamah?” katanya.

Mujahid turut memetik pandangan yang dinisbahkan kepada ahli falsafah Yunani, Plato, mengenai bahaya apabila rasuah dan kerosakan moral dinormalisasikan dalam sesebuah negara.

Dalam pada itu, beliau turut membangkitkan tindakan UMNO mengadakan kutipan wang dalam kalangan ahli bagi membantu Najib membayar denda RM50 juta.

“Ini bukan kutipan membantu orang miskin atau orang yang ditimpa musibah. Ini kutipan untuk membantu seorang bekas Perdana Menteri yang didapati bersalah daripada sabitan mahkamah,” katanya.

UMNO sebelum ini melancarkan tabung kutipan bagi membantu Najib melunaskan denda RM50 juta sebagai sebahagian daripada syarat pengampunan bersyarat yang membolehkan beliau menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah.

Mujahid berkata, tindakan membantu seseorang yang telah disabitkan kesalahan perlu dilihat dari sudut prinsip agama, terutama apabila solidariti politik dikaitkan dengan isu dosa dan kejahatan.

Beliau memetik Surah al-Ma’idah ayat 2 yang bermaksud: “Bertolong-tolonganlah dalam kebajikan dan takwa, dan jangan bertolong-tolongan dalam dosa dan permusuhan.”

Menurutnya, UMNO dan PAS perlu membezakan antara menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong dengan meraikan seorang pemimpin yang sabitannya masih kekal.

“Kalau politik Islam dan politik Melayu kehilangan keberanian moral untuk menyatakan sikap tegas kepada perasuah negara yang sabit kesalahannya, maka UMNO dan PAS tidak mampu lagi melindungi maruah Melayu dan maruah umat,” katanya.

Beliau seterusnya mempersoalkan keadaan yang menurutnya boleh berlaku apabila isu rasuah tidak lagi dilihat sebagai sesuatu yang mencalarkan maruah, sebaliknya menjadi sebahagian daripada perjuangan politik kepartian.

“Persoalannya ialah apa sudah jadi kepada kompas moral politik orang Melayu kita?” katanya.

Mujahid turut menggesa orang Melayu menilai sendiri pendirian politik mereka berhubung isu tersebut dan tidak menyerahkan persoalan maruah bangsa kepada pihak yang didakwanya menormalisasikan jenayah.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *