Amanah tawaduk terima keputusan PRK Sungai Bakap - Mohamad

Isu kelewatan bekalan baja: SPRM rakam keterangan Mohamad Sabu, KSU

KAJANG – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merakam keterangan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Ketua Setiausaha (KSU) kementerian itu berhubung siasatan membabitkan isu kelewatan bekalan baja di Kedah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, keterangan Mohamad dirakam pada 16 Sept manakala KSU dirakam sehari sebelum itu.

Beliau berkata, setakat ini sebanyak 37 saksi telah dipanggil dan keterangan mereka dirakam bagi membantu siasatan yang dimulakan pada 26 Ogos berhubung pelantikan sebuah syarikat oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

“Siasatan masih lagi berlangsung, namun sudah sampai ke penghujung dan dijangka dapat dimuktamadkan dalam tempoh seminggu atau dua minggu lagi,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Abd Halim berkata, SPRM juga akan mengambil keterangan beberapa orang saksi lagi bagi melengkapkan siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan menggunakan dokumen yang diketahui atau dipercayai palsu.

Beliau berkata, SPRM setakat ini percaya terdapat unsur jenayah dan isu berkaitan tadbir urus dalam kes berkenaan, namun lebih menumpukan kepada aspek kriminaliti.

“Kita ketepikan dahulu isu tadbir urus kerana kita fokus kepada aspek kriminaliti. Bagaimanapun, saya tidak boleh komen lebih daripada itu kerana penyiasatan masih lagi berlangsung,” katanya.

Sebelum ini, siasatan awal SPRM mendapati sebuah syarikat sepatutnya membekalkan 616,015 beg baja, namun sehingga September hanya 333,655 beg baja dibekalkan, iaitu kekurangan 282,360 beg.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Kertas siasatan dibuka susulan aduan yang diterima berhubung dakwaan kegagalan syarikat pembekal baja yang dilantik KPKM untuk membekal baja menerusi Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP) di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA). – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *